Resepi Kek Coklat Kukus Moist
Sumber Resepi : Blogger Cik Matahariku
Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus (Menggunakan sukatan cawan )
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla
Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus Moist Sukatan Cawan
- Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam
periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam
keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
- Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
- Pukul telur hingga kembang. Akak blend je sampai berbuih.
- Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
- Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum,
serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan
tidak berketul-ketul.
- Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
- Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan
aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.Akak balut tutup
pengukus dengan kain dan tidak guna aluminium foil.
- Kukus kek coklat selama 1 jam.
Resipi chocolate ganache ( topping kek coklat moist)
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan serbuk koko
satu sudu makan butter
1/2 cawan susu cair
kacau semua bahan secara double boil atau atas api kecil hingga pekat berkilat.( akak buat atas api kecil)
Langkah Demi Langkah Buat Kek Coklat Kukus Moist Dengan Topping
Keterangan Gambar :
Gambar 1 : Ini antara bahan-bahan asas nak buat kek coklat
kukus.Dalam pic ni tepung gandum,dan serbuk koko akak dah ayak siap-siap
dalam bekas, jadi depa tak dapat join dalam photoshoot yang
ini.muehehe.
Gambar 2 :Nasib baik sempat snap pic serbuk koko!ko jangan pulak
nak tambah sukatan serbuk koko ya, karang pahit pulak kek coklat ko.Akak
memang tak bertanggungjawab kalau jadi macam tu.
Gambar 3 : Memandangkan setakat nak putar telur bagi naik buih
atau kembang, akak guna je blender kat dapur akak n blend je telur 4
biji tu sampai berbuih.setel!
Orait, yang ini akak dah ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder
dan soda bikarbonat.Untuk sukatan baking powder dan soda bikarbonat,
akak guna je sudu makan coleslow yang kat kfc tu.Tak payah pening ko nak
sukat macam mana.
Gambar sebelah kanan tu yang warna kuning ialah campuran susu pekat,
susu cair, gula dan minyak masak yang akak masak atas api kecil.Masa ni
akak dah tutup api dan bahan-bahan tu pun dah larut.Gambar sebelah kiri
pulak, yang atas tu telur yang akak dah blend sampai berbuih, kemudian
yang bawah warna putih dalam kuali tu selepas akak tuang telur yang dah
blend tu.kita kacau perlahan, Biarkan sekejap.
pic ni akak dah masukkan bahan-bahan yang di masak atas api kecil tadi,
dengan telur yang akak dah blend.Kita masukkan dalam bekas tepung gandum
dan serbuk koko yang kita dah ayak dengan baking soda dan soda
bikarbonat.Boleh je ko curah semua dalam bowl mixer dan putar
perlahan.Tapi, yang akak ni kacau dengan spatula dan pemukul telur
je.kihkih.Dah akak kata tadi akak buat tengah malam buta time anak-anak
tido, karang bunyi mixer tu, bangun pulak askar diraja yang dua ketul
tu.haih.

Memang
kena gigih kacau adunan kek coklat ni sebab akak kacau dengan by hand
je.Tapi benda kita buat dia, tu yang sampai akak guna pemukul telur
supaya tepung tak bergentel.Alhamdulillah.Benda boleh setel, kita
setelkan cara kita.heheh.

adunan kek coklat akak dah selamat
mendarat dalam loyang dan sedia untuk dikukus.Masa ni akak dah panaskan
pengukus.Ingat ya, masukkan loyang dan adunan bila air dalam pengukus
betul-betul sudah mendidih.
jangan lupa tutup loyang dengan
aluminium foil supaya air tak jatuh atas kek.Macam akak, akak suka guna
kain bersih dan tutup atas penutup pengukus akak.Ikutlah yang mana yang
korang happy:)
kukus kek coklat ini dalam 1 jam
atau benar-benar masak.Biasanya satu jam tu dah sedang elok masak kek
kita ni.Kalau ko cucuk dengan lidi pun, berkilat je lidi tu nanti.Insha
Allah.
Cara Buat Topping coklat Untuk Kek Coklat Kukus
Orait, sementara kita kukus kek coklat ni, ada baiknya kita siapkan
pulak topping kek coklat ni.Akak buat kek coklat ni pun last minute
plan.Jadi bila nak buat topping coklat, baru teringat, akak takde stock
coklat keping nak buat topping dia.
Jadi, akak pasrah je dan guna resepi yang boleh guna serbuk koko.Yelah, apa ada hal, kita buat dia kan.heheh.

Ni bahan buat topping yang akak guna iaitu 1/2 tin susu pekat manis,1/2
cawan serbuk koko,satu sudu makan butter, 1/2 cawan susu cair.Akak masak
dalam kuali je, atas api kecil hingga jadi pekat berkilat.Boleh juga
guna kaedah double boil.
Topping akak yang dah siap dan warnanya sangatlah hitam berkilat beb!
yeahh.kek coklat akak dah siap kukus! Nampak tu walau akak tak guna
mixer bagai, kek coklat akak tetap normal kejadiannya beb.hoho.
Masa ni akak dah curah topping coklat tadi atas kek akak.
Selamba je akak tuang terus dalam loyang tu.Dah malam beb, akak simpan
terus dlm fridge.Esok pagi-pagi baru kita potong ya.Dah mengantuk sangat
masa ni.
Alhamdulillah, dah bolehlah kita ngap kek coklat kukus moist ni:) Memang
moist kek coklat dengan resepi ni.Walaupun buat topping tak semengah
mana, tapi rasanya, ko memang tak boleh lupa.Cair dalam mulut beb!
manisnya pun sedang elok je.Haih.Nampak sangat masuk bakul angkat
sendiri nih.haha.
Selamat Mencuba Kek Coklat Kukus Moist
Syukur!semoga entri masak-masak akak kali ini dapat bantu selesaikan masalah readers blog akak yang tercari-cari step by step buat kek coklat kukus moist ni.Mana-mana benda dalam hidup ini, kalau pertama kali kita membuatnya memang perlu panduan dan bimbingan.Akak dulu pun sama.
Langkah Demi Langkah buat Kek Coklat Kukus Moist Dengan Sukatan Cawan
Mana nak datang confidence buat kek, padahal seumur hidup tak pernah
buat kek.Alih-alih bila kahwin, anak ko dah pandai request mintak ko
buatkan kek coklat mama, takkan ko nak buat tak tahu je kan.Lagipun,
kalau ko nak belajar, takde benda dalam dunia yang tak boleh untuk orang
yang mahu!yeahh.kemain..kihkih.
Kepada readers yang dah cuba resepi ni, kongsilah komen sikit.Cer
bagitahu, jadi tak kek korang and sedap ke tak rasanya.heheh.Jangan lupa
share resepi ni kat kengkawan lain semoga berpanjangan manfaatnya
kepada semua:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan