2 cawan labu yg telah direbus dan dilenyek
3 cawan tepung pulut
2 sudu rata tepung gandum
Sedikit garam
..air...agak2
1 ketul gula melaka ...di hiris2 kasar
½ biji kelapa parut..
Gaul labu... tepung pulut ...tepung gandum..sedikit garam dengan air sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel..
Kemudian...ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula.. Bulatkan..
Panaskan air hingga mendidih..masukkan bebola pulut tadi..Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.. Akhirnya..golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan