Tanda2 akhir zaman - Nuarsky Blog

Isnin, 9 Mac 2020

Tanda2 akhir zaman

Dituduh rancang rampas kuasa, 3 putera arab saudi ditahan. 

Ini baru betul tanda2 kedatangan Imam Mahdi

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Yusuf daripada Abdurazaq daripada Sufyan at- Tsauri daripada khalid bin Al- Khadza daripada Abu Qilabah daripada Abu Asma Ar Rahabi daripada Sayyidina Ats-Tsauban r.a berkata.

" Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam Bersabda, maksudnya , " Akan berlaku perebutan kuasa 3 orang  khalifah kesemuanya anak- anak seorang Khalifah. Namun semuanya tidak mendapat apa yang di perebutkannya itu. Kemudian muncullah bendera - bendera hitam dari arah Timur yang mana pasukan pembawa bendera tersebut melakukan peperangan terhadap kalian dengan cara belum pernah dilakukan suatu kaum"

 Kemudian Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam menyebutkan sesuatu yang tidak aku hafal. Lalu Baginda bersabda, " Apabila kamu melihatnya, maka berbaiatlah berjanji setialah kepadanya, meskipun jalan yang kau tempuh harus dengan cara merangkak diatas Salji. Kerana dia adalah Khalifaatullah  ( Al - Mahdi ) yang mendapatkan petunjuk " ( Hadith direkodkan oleh imam Ibnu Majah No 4084) .

Hadith ini menunjukkan bahawa Khalifah yang dimaksudkan oleh Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam mungkin kepada Dinasti al- Saud Dar'iyyah kerana mereka telah berjaya kuasa telah kejatuhan empayar Islam bani Uthmaniyyah di Hijaz selepas kemunduran tentera bani Uthmaniyyah di Hijaz lepas Syarif Hussein bin Ali pemegang amanah kota mekah dan madinah Al-Munawarah bersekutu dengan tentera British menghalau tentera bani Uthmaniyyah sebelum Sultan Abdul Aziz Ibn Al Saud di angkat sebagai raja Hijaz yang baru selepas Syarif Hussein bin Ali menjadi raja buat sementara waktu sahaja. 

Raja Abdul Aziz Ibn Al Saud  memiliki sebuah keluarga yang amat besar mempunyai anak- anak yang ramai dan mempunyai isteri - isteri yang ramai .

Antaranya yang pernah menjadi Raja Saudi hasil keturunannya iaitu :

1. Raja Saud
2. Raja Fasial 
3. Raja khalid 
4. Raja Fahd 
5. Raja Abdullah 
6. Raja Salman 

--------------------------------------------------------------------
Antara anak - anak yang lain :

Putera Muhammad 
Putera Nasser
Putera Saad 
Putera Mansour 
Putera Turki 
Putera Talal 
Putera Nawwaf 
Putera Muhammad Nayef 
Putera Mutaib 
Putera Muqrin dan ramai lagi .

Kita hari ini sedang melihat dimana zaman pemerintahan raja Salman bin Raja Abdul Aziz Ibn Al Saud  sedang alami masalah dalaman dan perubahan Politik dan ekonomi,  sosial sebagainya. Selepas raja Salman bin Raja Abdul Aziz Ibn Al Saud  melantik anak Baginda sebagai Mahkota Mohamed bin Salman bin Raja Abdul Aziz Ibn Al Saud membuat saudara mara keturunan Saud menggigit jari dan perasaan tidak puas hati telah berlaku. Inilah yang berlaku sekarang di tambahan dengan ancaman golongan Syiah wallahu A'lam. 

Dalam Hadith Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam Bersabda "Umat aku setiap 100 tahun Allah Taa'la akan pembaharu dalam urusan agama  ( Mujaddid ) ."

Dalam Ahul sunaah wal jamaah para ulamak Sepakat mentakwil Hadith ini mengatakan bahawa Imam Al - Mahdi iaitu Muhammad bin Abdullah cucu cicit Baginda Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam termasuk dalam kategori  ( Mujaddid ) dan Imam al - Mahdi akan meninggikan agama ini melalui penguasaannya sebagaimana dijelaskan dalam Hadith.  Ibnu Khaldun mengatakan :" Ketahuilah Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam menyatakan pada akhir zaman seorang lelaki dari pada ahil - Bait yang akan menguatkan agama dan menegakkan keadilan. 

Hadith yang lain diriwayatkan oleh imam Abu Dawud Hadith daripada Sayyidina Ibnu Umar r.a berkatanya Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam Bersabda :

" Tidak terjadi hari kiamat sehingga keruntuhan Masjidil Al-Aqsa,  Kehancuran kota Yathrib  ( Madinah ) , peperangan besar  ( Malhamah al- Kubra ') , pembukaan Kota Constantinople dan zahirnya Dajjal ".

( Hadith direkodkan oleh imam Abu Dawud ).

Hadith - Hadith tentang imam al- Mahdi adalah bertaraf Hadith Mutawatir kerana ia diriwayatkan oleh para sahabat seramai 33 orang para Sahabat .

Dalam sebuah Hadith daripada Dzar bin Abdullah daripada Nabi Shollalllahu Alaihi Wasallam Bersabda bermaksud :

" Sekiranya dunia tinggal sehari sahaja  ( sebelum kiamat) , nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya sesorang lelaki daripada keturunanku atau daripada kaum keluargaku,  yang namanya seperti namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku .Dia akan memenuhi dunia dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana dunia dipenuhi dengan kezaliman dan kekejaman ( sebelum itu )." 

Hadith diriwayatkan oleh imam Abu Dawud dan At-Tirmidzi ).

Bersediakah kita menghadapi akhir zaman? ///

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tentang Kiamat

"TENTANG KIAMAT"  Suatu tanda bahwa hari kebangkitan akan tiba sebentar lagi:: 4:00 pagi kita   bangun solat subuh, kemudian kita ...


Berhentilah mencemaskan pendapat orang lain padamu, menjalani hidupmu tak ada hubungannya dengan orang lain

Earn Easy Money by Shrink Links with adf.ly


Aku harus percaya kalau ada seseorang didunia ini yang bersyukur dengan apa yang aku lakukan